Monday 12 March 2012

33 Things About Donghae

                                hi kpopers!!


Huh!(mengeluh),masa cuti baru sambung update,kalau hari-2 biasa,tak boleh!! sbb sibuk dgn kerja sekolah,dan aktiviti koko,


Ingat tak aku ade cakap nak sambung yg 20 perkara tentang Donghae kan? so,Let's start it. Kita mula dgn biodata ringkas donghae(but donghae punya   lebih sikit)
  

Nama sebenar :: Lee Donghae
Nama pentas :: Donghae      
Tarikh lahir :: 15 oktober 1986
Tinggi ::175 cm
Berat :: 60 kg
  • Dia diberi nama gelaran ''Pinocchio'' oleh kim Heechul (heechul),Dia mahu berkahwin pada usia 32, Donghae seorang yang takut hantu
  • Suka makanan laut. (wah!sama mcm akulah!)
  • Suka kanak-kanak dan anak patung.
  • Suka pakai topi


    • Dia suka dipanggil putera raja
    • Filem yg paling meninggalkan kesan kpdnya ialah Titanic dan A Walk To       Remember
    • Dia menyimpan wangnya di dalam tin minuman
    • Dia menangis setiap kali menelefon keluarganya. Skrg dia cuba mengawal perasaannya
    • Donghae amat benci warna pink kerana almari sungmin yg bertentangan  dgn katilnya penuh dgn warna pink....

    •  Donghae tidak suka menyambut harijadi sejak rakan-rakannya dlm super junior tidak memberi apa-apa hadiah kepadanya semasa smabutan harijadinya sebelum ini..


    • Semasa kanak-2 ,Donghae suka menganggu jiran-2 dgn membunyikan loceng rumah mereka,dan berlari menyembunyikan diri.Bagaimanapun pada suatu hari dia tertangkap (jahatnya donghae)
    • Dia seorang yg pelupa,selalu tertinggal barang-2nya seperti topi dan telefon.Suatu hari semasa sedang menelefon kawannya, Donghae memberitahu : '' Saya tertinggal telefon,saya pergi ambil '' sedangkan dia menggunakan telefon itu..
    • Dia seorang yg mudah terasa,mudah menangis dan banyak berfikir
    • Jika ada yg mengatakan dia rendah,Donghae segera melayari internet untuk mwncari cara utk tinggi dan dia hanya minum susu dan soya untuk tujuan itu.
    • Donghae sentiasa memakai gelang tangan berwarna perak pemberian ibunya.

    • Donghae menghadapi masalah sukar tidur.Sungmin yg tinggal sebilik dengannya cukup mudah tidur tapi Donghae masih ter kelip-kelip matanya.
    • Semasa di bangku sekolah,Donghae pernah dihukum kerana gurunya tersalah menuduh dia mengambil buku kedatangan.
    • Dia sukakan nama Bada dan menamakan anjingnya Bada .Dia pernah berkata ,jika mempunyai anak kelak,dia akan menamakan anaknya Bada.
    • Semasa zaman persekolahan,dia amat takut untuk menaiki kapal terbang sehingga sanggup tidk mengikuti tiga kali rombongan sekolah ke Pulau Jeju.
    • Bila Kibum sampai ke korea, Donghae adalah orang pertama yang menyambut dan memeluknya.

    • Setiap kali bermain, kumpulan yang disertai Donghae akan kalah.
    • Donghae amat takut denguran shindong yg boleh menyebabkan dia todak dapat tidur sepanjang malam.
    • Dia tidak suka berseorangan dan sanggup tidak makan jika tiada yang menemaninya.
    • Donghae amat mengagumi pemandu teksi dan penmandu kenderaan awam.Bukan sahaja kerana ayahnya pernah menjadi pemandu teksi tapi juga kerana dia sendiri berasa letih dan lenguh selepas setengah jam memandu,jadi dia kagum dengan kemampuan mereka memandu sepanjang hari
    • Donghae tdk mempunyai kawan selama setahun selepas menyertai SM Entertainment kerana sifatnya yg pendiam dan tidak suka bergaul.Kemudian ,dia menemui anggota kumpulan dbsk,uknow Yunho yg menjadi kawan karibnya kerana mereka datang dari daerah yg sama iaitu Mokpo.
    • Donghae mula bercita-cita mnjadi penyanyi selepas melihat BoA kwon membuat persembahan.Beberapa tahun kemudian dia dan Boa digabungkan dlm satu muzik video.
    • Semas kanak-2,Donghae suka berdiri di balkoni dan membaling syiling ke atas bumbung kereta di bawah.
    • Satu hari,selepas pengambaran bersama Siwon di Thailand,Donghae kelihatan gelisah menunggu Siwon di dlm kereta.Bila Siwon masuk saja ke kereta, dia menyuruh pemandu kereta segera memecut. Rupa-rupanya dia mahu cepat sampai ke hotel untuk menontom kartun!
    • Donghae dan eunhyuk selalu berkongsi bilik.Mereka tinggal bersebelahan pusat membeli-belah.Donghae selalu mengajak Eunhyuk membeli belah tapi tidak dilayan oleh rakannya itu.Rupa-rupanya Eunhyuk pergi bersendirian pada waktu malam kerana tidak suka bersama Donghae yg sentiasa dikerumuni peminat.
    • Donghae pernah merajuk dengan Eunhyuk dan keluar dari kereta semata-mata kerana Eunhyuk merahsiakan sesuatu daripadanya.Akhirnya, Eunhyuk meminta maaf dan mendedahkan rahsia itu.
    • Donghae pernah merosakkan komputer riba Ryeowook menyebabkan Ryeowook marah dan tidak membenarkan Donghae menyentuh apa-apa barangnya.


                                          THE END!













       







    No comments:

    Post a Comment

    SuJu elf